
Kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) telah diberikan kepada penerima lengkap vaksin bermula pada hari Jumaat 20 Ogos 2021
Kelonggaran SOP itu diberikan pada mereka yang berada di negeri di bawah Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan telah lengkap vaksin.
Individu yang telah menerima dos lengkap vaksinasi di negeri Fasa 1 PPN dibenarkan untuk menaiki kenderaan dengan kapasiti yang penuh.
Selain itu, mereka juga boleh bergerak melebihi had 10km, namun mestilah masih kekal berada di dalam daerah yang sama.
Untuk makluman, negeri-negeri yang masih berada dalam Fasa 1 PPN ialah negeri Kuala Lumpur, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, dan Putrajaya.
Harus diingatkan bahawa para penerima lengkap vaksin mestilah telah melepasi tempoh 14 hari tarikh suntikan dos kedua bagi vaksin Pfizer, AstaZeneca (AZ), dan Sinovac.
Manakala, para penerima vaksin Johnson&Johnson, Sputnik V, dan CanSino mestilah melepasi tempoh 28 hari daripada tarikh suntikan vaksin.
Menurut Majlis Keselamatan Negara (MKN), setakat ini pergerakan merentas daerah dan negeri masih belum dibenarkan lagi.
Sentiasa menginovasi dan menginspirasi, berita dan banyak lagi di portal mysmedia.my