
Sukan Paralimpik Tokyo 2020 akan bermula tidak lama lagi iaitu pada hari Selasa, 24 Ogos 2021.
Malaysia akan menghantar sebanyak 22 kontinjen atler paralimpik Malaysia yang akan bertanding dalam sembilan jenis sukan iaitu olahraga, boccia, memanah, berbasikal, tenis kerusi roda, dan banyak lagi.
Para atlet paralimpik Malaysia akan ditemani oleh 15 jurulatih, 22 pegawai perubatan, dan seorang caperon di Tokyo.
Mari kita mengenali atlet-atlet kebanggaan rakyat Malaysia yang bakal bertanding di Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Kumpulan atlet kita diketuai oleh Abdul Latif Romly, Muhammad Ziyad Zokefli dan Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi yang memenangi 3 pingat emas di Rio 2016.
Turut bersama-sama mereka ialah Bonnie Bunyou Gustin yang merupakan juara dunia dalam sukan powerlifting.
Sama-sama kita doakan kejayaan atlet-atlet kita di Sukan Paralimpik Tokyo 2020.
Selamat maju jaya!
Sentiasa menginovasi dan menginspirasi, berita dan banyak lagi di portal mysmedia.my