
Ahli Parlimen Titiwangsa YB Datuk Seri Rina binti Mohd Harun telah membuat sebuah program inisiatif bantuan bakul makanan; Bakul Prihatin Titiwangsa.
Bantuan Bakul Prihatin Titiwangsa dibuat untuk membantu rakyat yang terkesan oleh pandemik Covid-19 dan PKP 3.0.
Baru-baru ini, Datuk Seri Rina Harun telah pergi ke Kampung Pandan dan Taman Maluri untuk menyerahkan Bakul Prihatin Titiwangsa.
Selain Bakul Prihatin Titiwangsa, beliau juga menyerahkan barangan keperluan lain kepada rakyat di sana.
Menurutnya, ada yang memerlukan kerusi roda dan ada juga yang memerlukan lampin pakai buang dewasa.
Datuk Seri Rina Harun juga pergi menyantuni penduduk di Program Perumahan Rakyat (PPR) Setia Alam untuk memberikan bantuan Bakul Prihatin Titiwangsa.
Bersempena dengan sambutan hari kemerdekaan pada 31 Ogos ini, mereka mendapat Jalur Gemilang bagi menyemarakkan semangat kemerdekaan.
Datuk Seri Rina Harun juga berkata bahwa Bakul Prihatin Titiwangsa bukan sekadar bakul makanan.
Malah, Bakul Prihatin Titiwangsa merupakan pencetus pelbagai bentuk sumbangan lain kepada warga Titiwangsa yang dikasihinya.
Untuk makluman, permohonan bagi program Bakul Prihatin Titiwangsa boleh di buat melalui talian 013-8918933.
Terima kasih diucapkan kepada Datuk Seri Rina Harun yang gigih menyantuni rakyat tanpa mengira umur dan bangsa!
#TitiwangsaPrihatin
Sentiasa menginovasi dan menginspirasi, berita dan banyak lagi di portal mysmedia.my