
Tahniah diucapkan kepada YB Datuk Seri Rina binti Mohd Harun yang telah dilantik sekali lagi sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Perdana Menteri Ke-9 YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob telah mengumumkan nama-nama jemaah Kabinet secara rasmi pada hari ini, 27 Ogos 2021.
Semalam pada 26 Ogos 2021, Ismail Sabri menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara untuk mempersembahkan senarai jemaah Kabinet.
Untuk makluman, Rina Harun juga telah berkhidmat sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di bawah kepimpinan Perdana Menteri Ke-8, YB Tan Sri Hj Muhyiddin Yassin.
Kini, Rina Harun yang juga merupakan Ahli Parlimen Titiwangsa itu menyambung khidmatnya sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di bawah kepimpinan Ismail Sabri.
Selama beliau menjadi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, pelbagai usaha telah dilakukan untuk membantu golongan wanita dan kanak-kanak serta rakyat yang memerlukan.
Antara usaha Rina Harun ialah membuat program Bakul Prihatin Titiwangsa, Kit Si Manja Ceria, Ziarah Cakna Srikandi, dan banyak lagi usaha beliau dalam meperkasakan sekolah-sekolah.
Tahniah dan syabas dicuapkan sekali lagi kepada DS Rina Harun, Srikandi Prihatin Negara yang sentiasa membantu rakyat yang memerlukan.
Selamat berkhidmat dan selamat maju jaya DS Rina Harun, ikhlas daripada titiwansatoday.com!
Sentiasa menginovasi dan menginspirasi, berita dan banyak lagi di portal mysmedia.my