
Berita tentang filem zombi thriller horror yang popular di Korea ; Train to Busan akan mendapat adaptasi baharu dari Amerika Syarikat (US) telah tular di Twitter.
Namun, warganet berpendapat bahawa adapati filem itu tidak perlu dan berpendapat lebih baik orang ramai menonton versi asal Train to Busan dari Korea itu.
Filem yang diterbitkan pada tahun 2016 itu dengan lakonan selebriti-selebriti Korea terkenal seperti oppa Gong-Yoo dan oppa Don Lee dikatakan sebagai antara filem zombi terbaik yang pernah diterbitkan di dunia filem.
Rata-rata warganet menyuruh warga US untuk membaca sarikata daripada ‘merosakkan’ filem itu dengan mebuat adaptasi versi mereka sendiri.
Malah, ada warganet yang mengatakan jika sarikata menjadi isu, terdapat juga filem Train to Busan yang dialihkan bahasa (dubbed) kepada bahasa Inggeris dan bahasa Sepanyol.
– “Orang US berasa sangat berkuasa mereka lebih rela membuat semula filem mereka sendiri daripada menyokong bakat-bakat dari luar negara.” @RainfallBloom
– “Train to Busan merupakan filem zombi terbaik yang pernah dicipta. Adaptasi semula US sangatlah tidak perlu, terutamanya melihat kepada kejayaan filem asal dalam arus perdana. Adaptasi US akan merosakkan nama filem ini! ” @AustinWolf1217
Sentiasa menginovasi dan menginspirasi, berita dan banyak lagi di portal mysmedia.my