
Nama Caprice tidak asing lagi dalam dunia hiburan kerana sering bikin viral.
Menerusi perkongsiannya di Instagram, penyanyi rap Caprice memaklumkan dirinya dikejarkan ke hospital selepas mengalami demam dan panic attack.
Caprice juga memberitahu keadaan itu berlaku selepas dirinya menerima suntikan vaksin dos kedua, dan memerlukan bantuan oksigen segera.

Menerusi video tersebut, dirinya memaklumkan dalam keadaan baik sahaja dan akan kembali meneruskan misi selepas sembuh.
Di samping itu, menerusi perkongsiannya di Insta Story, dia turut memuat naik video yang menunjukkan lengannya dimasukkan air serta ada kesan pengambilan darah.
Video ini telah meraih 478.3K views, 66K likes dan 846 komen di TikTok dan rata-rata warga net turut mendoakan kesembuhannya.
Sentiasa menginovasi dan menginspirasi, berita dan banyak lagi di portal mysmedia.my