
Pada zaman pascamodenisasi kini, ramai ibu bapa memberi anak-anak mereka peluang untuk bermain dengan gajet.
Malah, ramai ibu bapa yang membiarkan anak-anak mereka bermain gajet terlalu lama.
Ada juga yang memujuk anak dengan memberikan gajet sehingga pada satu tahap anak-anak mereka boleh ketagih dengan gajet.
Ketaihan gajet boleh memberikan kesan-kesan negatif kepada anak-anak seperti lambat bercakap atau speech delay, kerosakan mata, Attention-Deficit / Hyperactivity Disorder (ADHD) dan banyak lagi.
Jadi bagaimana caranya untuk mengellakan anak-anak zaman kini untuk tidak ketagih dengan gajet?
- JELASKAN PERTURAN BERMAIN GAJET PADA ANAK
Tetapkan had masa dan terangkan kepada anak-anak anda perturan untuk bermain dengan gajet.
Jika anak-anak lupa, ulang dan ingatkan kembali.
- JADI CONTOH KEPADA ANAK-ANAK.
Tunjukkan contoh teladan yang baik di depan mereka dan janganlah kita melarang anak-anak bermain gajet tetapi kita sendiri yang bermain gajet di hadapan mereka.

- LUANGKAN MASA BERSAMA-SAMA ANAK
Korbankan dan luangkanlah masa bersama-sama anak bermain bersama-sama mereka melakukan aktiviti yang merangsang tumbesaran mereka seperti bersukan, membaca, mewarna, dan bermain bersam-sama.
- JANGAN BERIKAN AKSES PENUH KEPADA GAJET
Jangan berikan gajet sendiri kepada anak- anak dan biasakan bagi mereka untuk meminta izin sebelum menggunakan gajet.
Tidak salah bagi ibu bapa ingin memberikan gajet sendiri pada anak-anak tetapi haruslah pada had umur yang sesuai dan mengikut keperluan mereka.
Ingatlah, anak-anak umpama kain putih dan ibu bapalah yang mencorakkan warna mereka.
Sentiasa menginovasi dan menginspirasi, berita dan banyak lagi di portal mysmedia.my