
Umum mengetahui, wabak Covid-19 sangat berbahaya dan telah merebak di seluruh dunia.
Disebabkan itu, rakyat perlu mematuhi SOP serta mengikuti norma baharu dan amat penting untuk kita semua mengambil vaksin.
Namun, baru-baru ini kerajaan telah pun mengumumkan berita gembira iaitu kedai makan kini boleh dimakan secara dine-in khas untuk individu yang sudah lengkap dua dos vaksin. Bestnya!
Menerusi perkongsian dari salah seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai @kenanganmengusikjiwaaa yang memperlihatkan seorang lelaki bersama rakannya di sebuah restoran Mamak.
Dalam video tersebut, seorang lelaki sangat teruja akhirnya dia dapat dine-in di Mamak.
Yang mencuri tumpuan netizen adalah dia menangis sambil meminum air teh tarik yang dipesannya itu membuatkan kawannya bertanya mengapa dia bersedih. Aduh, sedihnya.
“Minum dekat kedai, lama tak lepak mamak”. Dia menjawab. Walaupun reaksi brader itu nampak macam berlakon tetapi ia sangat related dengan situasi sekarang. I feel you bro.
Video ini telah meraih 1.2M views, 105.4K likes dan 2.3K komen di TikTok dan rata-rata netizen turut meluahakn rasa sedih dan excited kerana melihat video berkenaan.
Sabar ya korang, dah dapat 2 dos vaksin. Kita lepak Mamak ok?
Sentiasa menginovasi dan menginspirasi, berita dan banyak lagi di portal mysmedia.my