
Detik yang indah telah terlakar di Paralimpik Tokyo 2020 apabila seorang atlet cacat penglihatan Keula Nidreia Pereira Semedo dari Cape Verdean telah dilamar semalam pada 2 September 2021.
Keula yang merupakan atlet T11 acara lumba 200m telah dilamar oleh penunjuk jalannya atau guidenya, Manuel Antonio Vaz da Veiga.
Untuk makluman, para atlet dalam kategori T11 merupakan para atlet yang mempunyai kecacatan penglihatan dan mereka bertanding dalam acara larian dibimbing oleh guide mereka.
Keula yang kelihatan gembira dengan lamaran itu mengucapkan “ya” dan menerima lamaran Manuel selepas Manuel tunduk dan melutut sebelah kaki ketika melamarnya.
Akaun rasmi Twitter Paralimpik 2020 telah merekodkan saat manis itu dengan kapsyen “semoga mereka berdua terus belari bersama-sama hingga akhir hayat mereka.”
Ramai warganet tersentuh melihat tindakan Manuel dan mereka juga mengucapkan tahniah kepada pasangan romantis di Paralimpik Tokyo 2020 itu.
Sentiasa menginovasi dan menginspirasi, berita dan banyak lagi di portal mysmedia.my