
Kira-kira pada pagi 6 September 2021 semalam, Perdana Menteri YB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminjau proses pembayaran Bantuan Khas Covid-19 (BKC).
Ismail Sabri telah meninjau prose pembayar BKC fasa satu secara maya.
Proses pembayaran BKC fasa satu semalam dijalankan untuk meringankan beban rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19 .
Proses pembayaran BKC dijalankan secara berperingkat dan melibatkan peruntukan sebanyak RM3.1 billion.
Menurut Ismail Sabri menerusi Facebooknya, BKC memfokuskan 10 juta penerima yang terdiri daripada kategori miskin tegar, B40, dan M40 serta golongan bujang yang berkelayakan.
Bagi BKC fasa satu ini, Menteri Kewangan, YB Senator Tengku Dato’ Sri Utama Zafrul Tengku Aziz telah turun padang di BSN Putrajaya untuk meninjau sendiri proses pembayaran BKC.
Manakala timbalannya, YB Mohd Shahar Abdullah pula berada di BSN Triang, Pahang.
Meskipun dijalankan secara maya, terdapat peruntukan BKC yang disalurkan secara tunai kepada masyarakat pedalaman yang tidak mempunyai akaun bank.
Ismail Sabri turut menzahirkan harapannya untuk memastikan usaha BKC ini berjaya demi kesejahteraan “Keluarga Malaysia”.
Sentiasa menginovasi dan menginspirasi, berita dan banyak lagi di portal mysmedia.my