
Umum mengetahaui, kerajaan telah mengumumkan beberapa kelonggaran bagi individu yang telah lengkap menerima dua dos vaksin.
Siapa je yang tak happy, dapat keluar dan dapat melakukan aktiviti yang dah lama tak buat akibat PKP yang ketat
Satu video yang tular di TikTok baru-baru ini, menerusi video seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @jamalhujan telah merakam telatah beberapa kawannya yang excited akhirnya dapat makan di kedai makan.
Menerusi video itu, sijil digital vaksinasi daripada aplikasi MySejahtera sekarang menjadi kebanggaan untuk dipamerkan terutamanya dapat ‘dine-in’ di sebuah restoran.
Menerusi video yang berdurasi sembilan saat itu kelihatan pemuda-pemuda itu gembira dapat makan dengan kawan-kawan setelah beberapa bulan ‘berkurung’ di rumah.
Video ini telah meraih 1.8M views, 200.9K likes dan 7.3K komen di TikTok dan rata-rata warga net turut memberikan pelbagai reaksi terhadap video tersebut.
Nak makan di kedai boleh je, yang penting pandai jaga SOP. Kita belum menang tau guys.
Sentiasa menginovasi dan menginspirasi, berita dan banyak lagi di portal mysmedia.my