
Tular di Tik Tok pengasas tudung bawal magnetik The Jasmine Yusfariq telah membuat posting di mana dia menceritakan yang idea dan juga design tudung bawal magnetiknya ditiru oleh jenama terkenal.
Menerusi TikToknya yang kini telah diubah kepada mod peribadi, Yusfariq menangis-nangis menceritakan yang dia kecewa kerana idea tentang tudung bawal yang telah dijahit dengan pin magnet itu telah ditiru.
Rata-rata warganet mengesyaki jenama tudung terkenal yang mencuri idea tudung magnetik The Jasmine itu ialah jenama tudung lilit woman yang diasaskan oleh seorang influencer terkenal.

Yang lebih mencurigakan warganet ialah apabila kedua-dua posting Instagram lilit woman yang mengkomersialkan tudung magnet mereka telah ditutup ruang komennya.
Warganet juga ramai sepakat suara menyebelahi pihak Yusfariq dengan mengatakan ini bukan kes pertama yang berlaku apabila jenama terkenal meniru idea bisnes-bisnes kecil.
Setakat ini, tiada lagi apa-apa kenyataan lanjut yang diberikan oleh pengasas tudung The Jasmine, Yusfariq mahupun daripada pengasas tudung lilit woman.
Sentiasa menginovasi dan menginspirasi, berita dan banyak lagi di portal mysmedia.my