
Planet Musytari (Jupiter) yang merupakan planet terbesar di tata surya dan planet kelima dari matahari serta mempunyai 80 bulan sebagai satelit semula jadi kini boleh dilihat jelas dengan mata kasar sehingga Disember ini.
Menurut Agensi Angkasa Negara (MySA), Musytari juga boleh dilihat dengan menghadap ke arah ufuk sebelah timur dengan menggunakan mata kasar, teropong binokular, atau teleskop.
Musytari berada di buruj Aquarius dari Ogos 2021 sebelum bergerak sedikit demi sedikit ke barat merentasi garis sempadan antara Aquarius dan Capricornus.

Penampakan Muystari yang jelas dari bumi adalah kerana planet itu berada dalam keadaan fenomena oposisi.
Fenomena oposisi merujuk kepada kedudukan Musytari yang bertentangan dengan Matahari yang merujuk kepada kedudukan Bumi.
Pada fenomena oposisi kali in, Musytari akan kelihatan sepanjang malam di sekitar buruj Capricornus dengan ukuran diameter ketara Musytari sebanyak 49 saat arka dengan magnitud ketara sebanyak 2.9.
Untuk makluman, magnitud ketara merujuk kepada kecerahan sesuatu objek di langit malam.
MySA menambah, Capricornus merupakan buruj zodiak di hemisfera selatan yang berhampiran dengan buruj zodiak Sagittarius.
Manakala Aquarius merupakan buruj zodiak di hemisfera selatan yang luas berhampiran dengan buruj zodiak Pegasus.
Bintang tercerah Capricornus dan Auqaris terdiri daripada bintang magnitud ketiga.

Menerusi laman Facebook Dark Sky Malaysia, ramai warganet juga berkonsikan gambar mereka melihat planet Musytari di ruangan komen dari serata Malaysia.
Yi Choong yang merupakan peminat astronomi tempatan telah berkongsi gambar langit malam di Pulau Pinang yang menampakkan bulan dan planet Musytari.

Sentiasa menginovasi dan menginspirasi, berita dan banyak lagi di portal mysmedia.my