
Mantan Perdana Menteri yang ke-6, Yang Berhormat Dato’ Sri Najib Razak telah bertemu dengan Perdana Menteri ke-9 dan yang terbaru iaitu YAB Perdana Menteri YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob selama sejam.
Kedua-dua PM yang betemu itu telah membuat posting di Facebook masing-masing mengenai pertemuan tersebut yang diadakan pada 7 September 2021 semalam.
Pertemuan antara PM lama dan PM baru itu adalah untuk membincangkan tentang strategi negara bagi menangani dan berhadapn dengan pandemik Covid-19.
Selain itu, mereka berdua turut membincangkan tentang cabaran ekonomi dari dalam dan juga luar negara.
Menurut Najib Razak berbincang mengenai ekonomi dari sudut makro, kenyataannya ialah negara kita sudah ketinggalan jauh dibandingkan dengan negara-negara jiran.
Manakala dari sudut mikro, ramai antara rakyat hilang keyakinan terhadap ekonomi Malaysia yang terjejas berikutan pandemik Covid-19.
Najib Razak dan Ismail Sabri menyatakan rasa tekad mereka untuk sama-sama berusaha menyumbangkan tenaga, masa, dan idea bagi kesejahteraan Keluarga Malaysia.
Sentiasa menginovasi dan menginspirasi, berita dan banyak lagi di portal mysmedia.my