
10 September setiap tahun merupakan tarikh bagi Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia (World Suicide Prevention Day).
Di zaman pandemik Covid-19 kini, semakin banyak kes bunuh diri yang berlaku di seluruh dunia.
Covid-19 bukan sahaja menyerang fizikal manusia malah dapat menyerang mental manusia.
Isolasi, larangan keluar, tidak boleh bersosial, rindukan keluarga, kehilangan pekerjaan, dan masalah kewangan hanyalah sedikit daripada masalah-masalah yang dihadapi masyarakat di dunia kini akibat Covid-19.
Terlalu banyak masalah boleh menyebabkan kesihatan mental seseorang itu merudum dan terjejas dengan teruk sehingga mereka boleh mempunyai masalah-masalah mental.
Masalah-masalah mental seperti depresi, kemurungan, halusinanasi, dan banyak lagi boleh membuat seseorang cenderung mempunyai ideasi untuk membunuh diri.
Rakyat Malaysia turut menghadapi masalah yang sama akibat Covid-19 sehinggakan kes bunuh diri di Malaysia meningkat pasca pandemik ini.
Sebanyak 631 kes bunuh diri pada tahun 2020 dan 468 kes dari Januari hingga Mei 2021 telah direkodkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Jika anda mempunyai sebarang masalah, kongsilah kepada ahli keluarga, rakan-rakan, atau orang yang dipercayai.
Dapatkan rawatan professional daripada pakar-pakar psikatri serta kaunseling daripada ahli psikologi.
It’s always okay to not be okay.
Anda tidak pernah keseorangan dalam menghadapi masalah di dunia ini.
Jika anda terlalu tertekan, keseorangan, kesedihan, dan berkecenderungan untuk membunuh diri, hubungilah talian hotline bunuh diri Befrienders Malaysia yang beroperasi 24 jam sehari di 03-76272929.
Bantulah ahli keluarga, rakan-rakan, atau kenalan yang mempunyai masalah semampu mana yang anda boleh.
Sama-sama kita belajar dan mengajar masyarakat sekeliling tentang kesedaran kesihatan mental dan mencegah daripada kes bunuh diri untuk terus berlaku.
Sentiasa menginovasi dan menginspirasi, berita dan banyak lagi di portal mysmedia.my