
Tular di Tik Tok dengan lebih daripada 1 juta tontonan, penyanyi terkenal Anuar Zain telah menyertai kumpulan tabligh bersama-sama pelawak terkenal Nabil Ahmad.
Menerusi video yang telah dimuat naik oleh penguna Tik Tok yang dikenali sebagai @nadrosli831, Anuar Zain memakai jubah dan kopiah sedang menghidangkan teh tarik kepada jemaah tabligh.
Tambahan lagi, sambil menuang teh tarik ke dalam cawan-cawan untuk diagihkan, penyanyi yang kini berusia 51 tahun itu turut menyanyikan lagu “Lelaki Ini”.
Shahrul Anuar bin Zain atau mesra dikenali sebagai Anuar Zain pernah memenangi anugerah Penyanyi Lelaki Terbaik oleh Anugerah Planet Muzik (APM) sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2008 dan 2017.
Menurut pengurusnya Nana Ahmad, Anuar Zain menang betul-betul sedang mengikuti jemaah tabligh untuk mendalami ilmu agama.
Ramai warganet memuji kemerduan suara Anuar Zain dan mengatakan suara Anuar Zain mesti sedap didengari sekiranya dia melaungkan azan atau membaca Al-Qur’an.
Sama-sama kita doakan agar usaha Anuar Zain dalam medan dakwah dipermudahkan dan semoga beliau sentiasa istiqamah dalam perjalanan ini.
Sentiasa menginovasi dan menginspirasi, berita dan banyak lagi di portal mysmedia.my