
Terbaharu, Safi telah mengeluarkan satu produk baharu khas untuk pengguna yang beragama Islam iaitu produk Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria.
Produk ini boleh didapati di pasaran dengan harga RM 15.90.
Dirumus dengan 100% tanah liat sumber asli yang berkualiti tinggi dan diperkaya dengan Habbatus Sauda dan Ekstrak Bidara produk ini sesuai untuk melakukan sertu.
Sertu ialah bersuci daripada najis mughallazah yang terkena pada pakaian, badan atau tempat.
Najis mughallazah merujuk kepada anjing atau babi dan apa-apa yang datang daripada mereka seperti bulu, air liur, kulit, dan sebagainya.
Dengan menggunakan Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria, para Muslimin dapat melakukan proses sertu dengan mudah.

Langkah pertama yang perlu dilakukan untuk ialah membersihkan zat najis mughallazah yang terkena kepada anggota badan, pakaian, atau tempat.
Kemudian, sebatikan air mutlak dengan sedikit campuran Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria dan sebatikan hingga air jadi keruh.
Dengan menggunakan air campuran tadi, basuhkan anggota badan, pakaian, atau tempat yang terkena dengan najis mughallazah dan diikuti dengan basuhan air mutlak sebanyak enam kali.
Menerusi laman sesawang rasmi bagi produk Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria, proses dan kaedah sertu yang dinyatakan pada produk telah disemak dan disahkan halal.
Sentiasa menginovasi dan menginspirasi, berita dan banyak lagi di portal mysmedia.my