
Terbaharu, kes Covid-19 di Malaysia pada hari ni 14 September 2021 terus menurun hingga ke angka 15,669.
Seloangor mempunyai kes tertinggi sebanyak 2,632 kes diikuti dengan Sarawak yang baru-baru ini diserang varian Delta dan mempunyai kes sebanyak 1,983 serta Johor dengan kes sebanyak 1,974.
Menerusi akaun Twitter Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah rekod kes kumulatif sehingga 14 September 2021 hari ini telah mencecah lebih daripada 2 juta.
DG Hisham menyatakan bahawa kes kumulatif Covid-19 yang direkodkan di Malaysia kini ialah sebanyak 2,011,440 kes.
Sentiasa menginovasi dan menginspirasi, berita dan banyak lagi di portal mysmedia.my