
Pada Istiadat pembukaan Dewan Rakyat, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memulakan titah ucapan dengan mengajak ahli Dewan Rakyat dan rakyat bertafakur.
Sidang Parlimen yang dibuka oleh baginda merupakan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat, Majlis Parlimen ke-14,
Tafakur itu dibuat bagi memperingati mangsa Covid-19 yang telah mencecah 21,124 mangsa setakat semalam 13 September 2021.
Baginda beritah supaya Ahli Parlimen dan rakyat yang beragama Islam untuk membaca Al-Fatihah bagi mereka yang terkorban akibat Covid-19.
Manakala Ahli Parlimen dan rakyat yang bukan Islam dititah oleh baginda untuk bertafakur selama seminit atas tujuan yang sama.
Untuk makluman, Sidang Parlimen yang bermula semalam pada 13 September 2021 merupakan Sidang Parlimen pertama di bawah pimpinan Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Sidang Parlimen yang dimulakan semalam akan berlangsung sehingga 12 Oktober 2021 bagi membincangkan isu-isu semasa dalam negara.
Sentiasa menginovasi dan menginspirasi, berita dan banyak lagi di portal mysmedia.my