
Tahniah diucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia kerana kadar vaksinasi negara daripada wabak Covid-19 telah berjaya mencapai 80% populasi.
Menurut Perdana Menteri YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob menurusi Facebooknya, kejayaan peratusan vaksinasi yang tinggi itu merupakan hasil daripada pengorbanan para petugas barisan hadapan.
Ismail Sabri juga turut mengakui sokongan Keluarga Malaysia tidak mengira tempat dan usia kerana meberi kerjasama dengan program vaksinasi yang sedia ada.
Vaksin bagi memerangi wabak Covid-19 daripada menular dijalankan di bawah pemantauan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
Kadar vaksinasi melebihi 80% yang bersamaan dengan 18,727,680 individu terdiri daripada 46.4 peratus vaksin jenis Pfizer dan 45.4 peratus jenis vaksin Sinovac.
Peratusan bagi vaksin AstraZeneca ialah sebanyak 8 peratus diikuti oleh vaksin CanSino sebanyak 0.2 peratus.
Untuk makluman, Ismail Sabri pernah memaklumkan yang pemberian vaksin dos ketiga kepada golongan berisiko tinggi selepas kadar vaksinasi populasi dewasa melebih 80%.
Sama-sama kita nantikan berita bagi pemberian vaksin dos ketiga oleh Menteri Kesihatan Malaysia.
ISentiasa menginovasi dan menginspirasi, berita dan banyak lagi di portal mysmedia.my