
Prosedur Operasi Standard (SOP) pada hari pengundian untuk PRN Melaka akan datang mengikut arahan dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Bendahari Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berharap agar diberikan kelonggaran SOP seperti membenarkan penyokong membawa bendera parti.
Datuk Seri Hishammuddin juga berkata, sebagai jentera parti, sangat penting untuk setiap parti memastikan semua SOP yang ditetapkan dipatuhi bagi mengelak sebarang risiko.
“Itu kena tanya SPR, perjalanan hari membuang undi berada di bawah tanggungjawab mereka. Sebagai jentera parti, kita perlu yakinkan rakyat keluarkan tanggungjawab mereka”, katanya hari ini.
Dalam pada yang sama, Datuk Seri Hishammuddin yang juga Menteri Kanan Pertahanan berkata, undi awal semalam, seramai 8,332 atau 91.3 peratus anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah membuang undi.
Proses mengundi awal yang diadakan di kesemua lokasi termasuk kem-kem ATM di Melaka berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.

Datuk Seri Hishammuddin mengucapkan terima kaish kepada anggota tentera yang telah membuang undi.
Beliau juga berharap agar pematuhan SOP seperti hari itu dapat dikekalkan sepanjang tempoh berkempen yang hanya tinggal 2 hari sahaja lagi.
“Lebih penting, dapat dikekalkan pada hari pembuangan undi pada 20 November nanti. Insya-Allah”, kata Datuk Seri Hishammuddin.
Ikuti perkembangan terkini dan info-info menarik dengan melayari portal https://mysmedia.my/