
Pengerusi Perikatan (PN) Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sebarang bentuk kerjasama atau strategi dengan mana-mana pihak biarlah diputuskan selepas pilihan raya.
Buat masa ini biarlah proses Pilihan Raya Negeri Melaka (PRN) berjalan lancar, dan beri peluang kepada rakyat Melaka memilih kerajaan yang hendak dibentuk, kata Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu.
“Saya tidak katakan kita bersedia bekerjasama atau tidak bersedia bekerjasama… jawapan saya jangan diputar media mengatakan saya bersedia, saya tidak berkata begitu, ‘I am non-committal’.
“Saya mahu melihat apa keputusan pilihan raya dan selepas itu kita akan atur apa langkah strategi kita,” katanya kepada pemberita.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan bahawa BN sedia merintis kerjasama dengan mana-mana pihak dan tidak hanya terhad kepada PN sahaja.
“Yang penting kita teruskan usaha yang akan memutuskan nanti akhirnya pengundi akan nilai setiap parti bertanding mereka nak sokong mana… harap mereka sokong PN dan apa pun soal berbangkit selepas itu.”
“Kalau pengundi Melayu faham dan tahu ini adalah pilihan raya untuk negeri bukan Pilihan Raya Kecil yang nak pilih wakil rakyat seorang… sewajarnya ada satu pandangan menyeluruh undi mereka untuk bentuk kerajaan,” katanya.
Ikuti perkembangan terkini dan info-info menarik dengan melayari portal https://mysmedia.my/