
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) cuaca di kawasan negeri Melaka dijangkakan akan mengalami hujan lebat dan ribut petir pada Sabtu ini.

Kepada pengundi yang perlu hadir bagi pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada Sabtu (20 November),
anda digalakkan hadir pada waktu pagi kerana cuaca hujan yang diramal pada esok akan tiba pada waktu petang.
Selain itu, MetMalaysia juga memberi perkongsian di laman Twitter rasmi bahawa kawasan yang akan dilanda hujan lebat dan ribut petir adalah di kawasan Alor Gajah, Melaka Tengah dan Jasin.
Walaupun ketiga-tiga tempat tersebut dijangka akan berlaku hujan lebat dan ribut petir, pada waktu pagi diramalkan cerah dan tiada masalah cuaca hujan untuk pengundi di sana.

Ramalan cuaca yang diramalkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) itu boleh dilihat dengan lebih terperinci di laman rasminya di sini https://www.met.gov.my/forecast/weather/district
Sentiasa menginovasi dan menginspirasi, berita dan banyak lagi di portal mysmedia.my