
Menurut Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Adly Zahari, peratusan rakyat yang mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dari pagi sehingga 12 tengah hari tadi sangat rendah iaitu hanya 36 peratus sahaja yang hadir mengundi.

Disebabkan peratusan rakyat Melaka yang keluar untuk mengundi itu sangat rendah dan membimbangkan, Adly Zahari yang merupakan calon ketua Menteri yang akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil itu
berharap agar rakyat Melaka keluar lebih awal supaya dapat melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.
Tambahan lagi, Adly Zahari mengatakan bahawa sekiranya peratusan keluar mengundi rendah, ia akan menyebabkan kerajaan negeri dibentuk oleh minoriti sahaja dan tidak menggambarkan sentimen sebenar rakyat Melaka.
“Saya lihat sehingga jam 12 ini, kadar keluar mengundi di Melaka masih rendah. Tak sampai 40 peratus. Kita harap rakyat Melaka laksanakan tanggungjawab kita untuk segera keluar mengundi untuk Pilihan Raya Negeri Melaka,” – Adly Zahari.

Pada pandangan beberapa pemerhati politik, peratusan rendah keluar mengundi akan memgurangkan peluang Pakatan Harapan (PH) dalam memenangi kerusi-kerusi marginal kerana majoriti undi kurang dari 1,000.
Oleh demikian, perkara yang terjadi itu secara tindak langsung memberikan kelebihan kepada UMNO dan Barisan Nasional bagi mengekalkan kerusi sedia ada daripada merampas kembali kerusi yang mereka telah kalah sebelum ini.
Sentiasa menginovasi dan menginspirasi, berita dan banyak lagi di portal mysmedia.my