
PUTRAJAYA, 6 Jan -- Reaksi Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa ketika sidang media mengulas mengenai pemecatannya sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) di Kementerian Wilayah hari ini. Beliau menerima keputusan pemecatan itu yang dibuat dalam satu mesyuarat yang dipengerusikan presiden parti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Menara Dato’ Onn semalam. -- fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA
Statement mengarut dan kolot jika dikeluarkan dari mulut menteri kita sendiri.
Tan Sri Annuar Musa yang merupakan Menteri Komunikasi dan Multimedia memberikan cadangan dan juga menekankan agar pemain, artis di dalam seni tanah air ini tidak lagi memperbesarkan isu gangguan seksual yang berlaku di dalam industri seni itu.
Di dalam Mingguan Malaysia, menteri berkenaan menjelaskan dirinya itu mahu pihak industri seni itu seharusnya mengutamakan hal-hal positif daripada isu yang kecik dan remeh ini.
“Saya rasa isu itu tak perlu diperbesarkan. Fokus pada perkara positif daripada kes-kes terpencil,” – Annuar Musa.

Dirinya itu berkata sedemikian kerana dirinya itu diminta untuk memberi sedikit ulasan mengenai pendedahan beberapa pelakon dan juga artis di dalam industri berhubung isu gangguan seksual yang telah berlaku.
Sebelum ini, pelakon, Namron mendedahkan gangguan seksual dalam industri tidak hanya berlaku kepada wanita malah artis lelaki juga berdepan isu tersebut. Sharifah Amani merupakan seorang pelakon juga mendedahkan golongan kru produksi turut berdepan isu tersebut yang sudah lama ‘bernanah’ dalam industri. Perkara sebegini hanya ditutup mulut dan memberikan trauma terhadap mangsa.
Presiden Seniman, Zed Zaidi berkata, pihaknya sendiri tidak menerima aduan berikutan ramai mangsa takut dan bimbang kerana mereka takut untuk mengambil tindakan selanjutnya.

Pihak Zed Zaidi mengharapkan agar mereka yang terbabit tampil membuat laporan agar tindakan yang berat dan juga sewajarnya akan diberikan terhadap pelaku.
Annuar Musa – Gangguan seksual ini tak perlu diperbesarkan.
Ikuti perkembangan terkini dan berita sensasi hangat di pasaran dalam dan juga luar negara hanya di https://mysmedia.my/