
Nak beri ganjaran sebagai membalas jasa juga kena fikir hutang negara.
Baru-baru ini telah viral di Twitter mengenai isu berkaitan ganjaran hadiah berupa sebidang tanah dan rumah bernilai RM100 juta kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Permohonan ini telah mendapat perhatian Dewan Rakyat sehingga berlaku beberapa pertelingkahan mulut diantara ramai pihak.
Isu ini telah dibangkitkan sendiri oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempersoalkan kewajaran Kabinet meluluskan tawaran berkenaan dalam keadaan ekonomi gawat ketika ini. Dirinya itu berpendapat permohonan ini akan berkait dengan perbelanjaan pengurusan sumber manusia pasca perkhidmatan.
“Mengapa kerajaan dan Jemaah Menteri boleh mengambil keputusan dalam kemelut ekonomi yang parah dengan mudah meluluskan wang untuk mantan Perdana Menteri,” katanya membahaskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2022 peringkat jawatankuasa.” – Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz mengesahkan mereka telah menerima permohonan Najib memohon ganjaran hadiah berupa sebidang tanah dan juga rumah daripada kerajaan bernilai RM100 juta. Tetapi, Najib menolak tawaran tersebut selepas isu ini telah digunakan oleh pembangkang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Di sudut yang lain pula, Jemaah Menteri bersetuju untuk menubuhkan ahli jawatankuasa untuk meneliti segala terma dan syarat permohonan anugerah rumah kerajaan, bagi bekas Perdana Menteri yang akan datang. Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pula memberikan cadangan beliau jika jawatankuasa berkenaan ditubuhkan, diharapkan ia akan meneliti kadar, syarat dan had maksimum atau kuantum bagi penyediaan tanah dan rumah bekas Perdana Menteri.
Sebelum ini, telah termaktub di dalam perenggan 21, Jadual Pertama Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 menetapkan elaun dan keistimewaan bekas Perdana Menteri, membabitkan elaun kerajaan, pemberian khas bernilai RM1 juta secara sekali bayar dan tempat kediaman.

Bekas Perdana Menteri itu hanya diberikan tiga pilihan, sama ada rumah kerajaan dengan kelengkapan penuh dan diselenggarakan percuma atau elaun sewa rumah bernilai RM10,000 sebulan jika mendiami rumah sendiri, sebuah rumah kerajaan sesuai dengan statusnya itu.
Mohamad Sabu (PH-Kota Raja), turut memberikan pendapatnya itu secara sinis yang menyatakan bagi mengenang jasa Perdana Menteri yang terdahulu, ganjaran mesti diberikan.
“Adakah Ketua Pembangkang bersetuju jika kita berikan RM1 bilion kepada Tunku Abdul Rahman kerana beliau Bapa Kemerdekaan dan Tun Abdul Razak, Bapa Pembangunan RM500 juta, Tun Hussein Onn Bapa Perpaduan cukuplah RM300 juta dan tambahan RM2 bilion untuk Tun Dr Mahathir Bapa Pembangunan Moden yang menjadi Perdana Menteri paling lama berkhidmat lebih 21 tahun.
“biar negara ini bankrap tidak apa tapi yang penting imbuhan ini kepada bekas Perdana Menteri,” – Mat Sabu.
Menjawab celahan yang diberikan tersebut, Anwar tegas dengan pendiriannya bahawa beliau faham dengan semangat hutang budi tetapi perkara itu akan membebankan kerajaan.
Ikuti perkembangan terkini dan juga berita-berita sensasi di dalam dan luar negara hanya di https://mysmedia.my/