
Pada 21 November,Jambatan Gantung Satok di Sarawak akhirnya sudah dirasmikan dan pelancaran tersebut dilakukan pada waktu malam.
Bandaraya Kuching kini sudah mempunyai mercu tanda baharu iaitu Jambatan Gantung Satok.
Reka bentuk yang dibina untuk Jambatan Gantung Satok seakan-akan jambatan Golden Gate di San Francisso, Amerika Syarikat.

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Jambatan ini mempunyai keunikannya yang tersendiri iaitu sejarah pembinaannya yang bermula semasa Charles Vyner Brooke menjadi Raja Putih ketiga.
Beliau juga ada bercerita serba sedikit tentang asal-usulnya Jambatan ini daripada penjajah luar yang mereka rekaan ini.
Broke mengupah arkitek terkemuka Eropah iaitu A.S Lowe yang merupakan adik kepada C.P Lowe (pengarah Jabatan Kerja Raya ketika itu) untuk melakar seni bina jambatan tersebut.
Pembinaan jambatan itu bermula pada 1920 serta siap sepenuhnya pada 1926 dan menjadi mercu tanda Sarawak yang megah ketika itu.
Manakala pada tahun 1992 pula, jambatan ini terpaksa di tutup keran telah usang dan tidak ekonomikal untuk dibaik pulih serta kabel utamanya terputus dan menyebabkan ia menjadi runtuh pada tahun 2004.
Akhirnya pada tahun 2017, Kerajaan kini telah merancang semula pembinaan jambatan tersebut yang panjang 213 meter dengan kos berjumlah 8 juta lebih.
Jambatan itu telah siap sepenuhnya pada Mac lalu serta memberi peluang dan manfaat kepada pejalan kaki untuk menggunakan jambatan tersebut.
Akhirnya, Beliau berkata dengan pembukaan semula jambatan ini dapat meningkatkan lagi kadar pelancong datang ke Sarawak dan mengembangkan lagi sektor ekonomi di Sarawak.
Sentiasa menginovasi dan menginspirasi, berita dan banyak lagi di portal mysmedia.my