
Peratusan yang keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 2021 sabtu lalu adalah peratusan yang sangat rendah iaitu hanya 65.85 peratus sahaja.
Peratusan tersebut lebih rendah berbanding peratusan PRU14 sebanyak 84.7.
PRN Melaka kali ini mengakibatkan parti Pakatan Harapan (PH) gagal dalam PRN Melaka kali ini walaupun menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.
Punca kekalahan PH kali ini disebabkan faktor setempat iaitu peratusan pengundi yang berbeza di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN).
Menurut Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil berkata, pihak mereka akan lakukan post-mortem untuk mengkaji apa yang sebenarnya berlaku di setiap DUN.
“Ia penting kerana penganalisis berkata, jumlah peratus mengundi yang diperoleh contohnya oleh Barisan Nasional (BN) sama seperti PRU14”, katanya.
Tambah Fahmi Fadzil, faktor calon dan jentera juga menyumbang kepada kegagalan di sesetengah tempat yang mengundi.
Ujar Fahmi Fadzil, pihak mereka masih mengumpul maklumat untuk bersiap sedia pada PRU15 nanti.
“Itu bagi saya adalah langkah perlu untuk PH termasuk PKR memikirkan cara untuk atasi masalah tersebut dan bersiap sedia untuk PRU15.
Selain itu, Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub juga berkata bahawa peratusan yang mengundi rendah memberi kesan kepada PH.
“Berdasarkan kepada peratusan mengundi memang rendah dan berikan kesan kepada PH”, ujarnya.
Tambahan, jumlah individu yang keluar membuang undi pada sabtu lalu adalah 65.85 peratus bersamaan 326,068 orang walaupun seramai 495,195 pengundi berdaftar di Melaka.
Ikuti perkembangan terkini dan info-info menarik dengan melayari portal mysmedia.my