
Pada pagi tadi, Datuk Seri Sulaiman Md Ali iaitu Ketua Menteri Melaka dan juga Alhi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu telah mengetip kad perakam masanya di pejabatnya pada tingkat 4 untuk mengesahkan dirinya masih bertugas sebagai Ketua Menteri Melaka.

Setelah tamat hari Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Ketua Menteri Melaka yang bernama Datuk Seri Sulaiman Md Ali mengekalkan tugasnya seperti biasa pada hari ini di Pejabat Ketua Menteri, Seri Negeri.
Kedatangan beliau pada pagi tadi diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Kamel Mohamad dan terdapat dalam 20 kakitangan pejabat di situ menyambut ketibaannya.
Selepas ketibaan beliau disambut, majlis bacaan doa diadakan di pejabat yang diketuai oleh Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Abd Halim Tawil.

Menurut Sulaiman ketika itu mengatakan bahawa fokus utamanya adalah meneruskan tugas, amanah dan mandat yang diberikan seperti yang dijanjikan.
“Pada saya ini bukan satu tugas yang mudah apabila diberi kepercayaan lebih besar, amanahnya lebih besar bermakna tugas pasukan saya nanti adalah satu tugas besar yang sedang menanti.
“Besar dari segi ujian serta kemahuan dan kehendak rakyat yang harus kita kotakan kerana apa yang terkandung dalam manifesto kerajaan Barisan Nasional (BN) akan saya laksanakan dengan segera,” – Sulaiman
Sentiasa menginovasi dan menginspirasi, berita dan banyak lagi di portal mysmedia.my