
Pilihan raya di Melaka yang sedang pesat dijalankan pada masa kini, timbul pula pendapat tentang PRU-15 oleh Timbalan Presiden UMNO.
Timbalan Presiden UMNO iaitu Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, PRU-15 harus dijalankan di masa terdekat ini supaya mandat baru boleh diberikan semula kepada rakyat.
Beliau juga berkata, Perdana Menteri Malaysia juga ada membahaskan tentang perkara tersebut selepas BN memenangi pilihan raya (PRN) di Melaka.
Hasan juga berkata beliau juga ada berbual dengan Perdana Menteri soal PRU15 dan sama ada suka atau tidak kita mesti tunggu sehingga bulan Julai kerana (Memorandum persefahaman kerajaan dan pembangkang) hingga bulan Julai tahun depan.
Sementara itu, Hasan juga berkata kemenangan BN di Melaka merupakan salah satu petunjuk bahawa rakyat inginkan sebuah kerajaan yang stabil serta membawa kesejahteraan, kemakmuran dan keharmonian di Negeri mahupun Negara.
Beliau juga berkata, beliau juga bersyukur dengan kemenangan yang diperolehi oleh Parti mereka tetapi ia merupakan tanggungjawab yang besar kepada BN yang harus dipikul untuk menguruskan pentadbiran di Negeri Melaka.
Hasan juga berkata mereka bakal melakukan post-mortem untuk prestasi membabitkan BN serta UMNO juga masih lagi terbuka untuk meneruskan kerjasama dengan Parti PAS menerusi Muafakat Nasional (MN)
Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakyat Melaka yang mempercayai mereka dan mereka akan melakukannya sehabis baik.
Ikuti perkembangan terkini dan berita sensasi hangat di pasaran dalam dan juga luar negara hanya di https://mysmedia.my/