
Kes pendatang asing tanpa izin kini timbul semula apabila pihak imigresen dapat memberkas lebih dari 100 orang dari beberapa buah negera.
Seramai 129 warga asing yang berkerja dan telah datang ke Malaysia tanpa dokumen yang sah menyebabkan mereka di tahan untuk siasatan lanjut.
Kesemua warga asing itu diberkas oleh pihak imigresen di sebuah kilang besi dan serbuan dilakukan pada jam 8 malam.
Ketua pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee berkata seramai 110 warga asing lelaki dan 19 warga asing wanita ditahan semasa mereka melakukan serbuan.

Beliau juga berkata, ke semua warga asing itu datang daripada beberapa buah negara iaitu Indonesia, India, Bangladesh dan Myanmar yang berusia 20 hingga 49 tahun.
Khairul berkata, pemeriksaan dijalankan kepada 135 orang warga asing tetapi hanya beberapa orang yang mempunyai dokumen yang sah manakala yang lain tiada dokumen yang sah dan ada juga menyalahgunakan dokumen yang diberikan oleh pihak Imigresen.
Tindakan dan siasatan akan di ambil kepada mereka yang tiada dokumen di bawah Seksyen6 (1)(c) Akta Imegresen 1959/63 dan yang kepada yang menyalahgunakan dokumen pula akan disiasat di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963.
Beliau juga ada menyentuh tentang program khas untuk pendatang asing dalam temubualnya iaitu Program Pelan Rekalibrasi Pendatang Tanpa Izin yang bakal tamat pada 31 Dis ini dan tidak akan dilanjutkan.
Beliau berkata kepada majikan yang mendaftarkan pekerja mereka di dalam portal, walaupun ia PLKS (Pass Lawatan Kerja Sementara) belum dikeluarkan dan sedang di proses, tindakan penguatkuasaan tidak akan dikenakan.
Beliau juga meminta kepada semua majikan agar mengambil peluang ini sebelum tutup pada Dis ini untuk mengelakkan sebarang masalah kepada majikan.
Ikuti perkembangan terkini dan juga berita-berita sensasi di dalam dan luar negara hanya di https://mysmedia.my