
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin melaporkan bahawa kadar kemasukan pesakit ke hospital sudah meningkat akhir-akhir ini.
“Kebanyakan kes adalah warga emas atau golongan komorbid yang dijangkiti kotak rapat (ahli keluarga) yang membawa balik virus SARS-CoV2 ke rumah.”
“Pakai pelitup muka dan elak tempat yang sesak. Dapatkan booster (penggalak) bila diberi temujanji,” katanya menerusi Twitter hari ini.

Seterusnya, Khairy turut menasihatkan orang ramai agar meyakinkan ibu bapa mereka untuk menerima suntikan dos penggalak.
“Jika ibu bapa atau datuk nenek anda telah menerima janji temu dos penggalak COVID-19 mereka, sila yakinkan mereka untuk mengambilnya.”
“Suntikan penggalak adalah selamat dan akan memastikan mereka lebih terlindung daripada COVID-19 dan risiko ahli keluarga membawa pulang virus berkenaan ke rumah,” tambahnya.
Untuk rekod, pertambahan kes COVID-19 harian baharu pada semalam mencatatkan angka sebanyak 4,854 kes dan menjadikan jumlah kumulatif turut bertambah kepada 2,586,601 kes setakat ini.
Ikuti perkembangan terkini dan info-info menarik dengan melayari portal https://mysmedia.my/