
RABU, Infobanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak enam buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Selangor, Kedah dan Kelantan. Seramai 242 mangsa daripada 74 buah keluarga dilaporkan di tiga buah negeri.
Di Selangor, seramai 133 mangsa daripada 46 buah keluarga ditempatkan di dua buah PPS.

PPS yang dibuka termasuk Dewan MPAJ Lembah Permai, Ampang dan Sekolah Kebangsaan Sungai Serai di Hulu Langat.
Sementara itu, Kedah membuka tiga buah PSS bagi menempatkan 92 mangsa daripada 25 keluarga terjejas banjir.
Dua daerah yang terjejas banjir di negeri Darul Aman itu adalah Kubang Pasu dan Kota Setar.
Di Kelantan pula, seramai 17 mangsa daripada tiga keluarga ditempatkan di sebuah PPS yang dibuka di daerah Pasir Mas.

Tonton di sini untuk mengetahui lanjut mengenai berita tersebut:
Ikuti perkembangan terkini dan info-info menarik dengan melayari portal https://mysmedia.my/