
Setelah tamat PRN di Melaka kini kita beralih pula ke PRN di Sarawak yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi.
Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang berkuat kuasa pada 3 November lalu telah memberi laluan kepada berlakunya PRN.
Pada 4 November lalu, SPR mengumumkan PRN Sarawak akan diadakan dalam tempoh 60 hari.
Tempoh 60 hari selepas Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan untuk pembatalan proklamasi darurat di negeri tersebut.

Suruhanjaya Pilihan Raya mengadakan mensyuarat khas untuk membincangkan tentang PRN Sarawak dan akan mengumumkan tarikh penting untuk Pilihan Raya Negeri PRN di Sarawak.
SPR mengadakan mensyuarat bermula jam 9 pagi dan akan mengadakan siaran langsung oleh Datuk Abdul Ghani Salleh berlangsung pada jam 11 pagi di sebuah sebuah hotel di Kuching, Sarawak.
Semoga rakyat di Sarawak memilih pemimpin yang betul dan berpuas hati dengan pemimpin yang bakal memimpin Negeri Sarawak.
Ikuti perkembangan terkini dan juga berita-berita sensasi di dalam dan luar negara hanya di https://mysmedia.my