
Calon pilihan raya yang berumur 18 tahun yang diusulkan baru-baru ini dibantah dan berharap kerajaan mengkaji semula keputuan untuk membenarkan remaja 18 tahun menjadi calon.
Timbalan Ketua Penerangan Majlis Belia Malaysia, Kavita Maheendran berkata bahawa kerajaan perlu memperkasakan sistem pendidikan negara terlebih dahalu.
Ini untuk memberikan pendedahan yang secukupnya kepada remaja terlebih dahalu sebelum mereka menceburi bidang politik negara dan memahami cara dan bentuk pentadbiran negara.
Tambah Kavita, sistem pendidikan negara tidak menyediakan topik-topik untuk persedian kepada remaja dalam menghadapi sistem pilihan raya dan demokrasi negara ini.
“Kerajaan harus ada pelan jangka masa panjang untuk buat persediaan daripada umumkan remaja 18 tahun jadi calon pilihan raya tapi tidak ada tindakan susulan untuk sediakan para belia kita untuk menghadapi situasi ini.
Jelas Kavita, remaja mungkin masih tidak tahu tentang pengasingan kuasa dan perkara-perkara asas seperti perbezaan anatar Ahli Parlimen dengan Ahli Dewan Negara.
Kavita juga berakata bahawa kerajaan perlu mengkaji semula berkaitan dengan pilihan raya lepas apabila ada sesetengah golongan belia yang tidak keluar mengundi,remaja
“Ada dalam kalangan mereka tidak ada kepercayaan terhadap ahli politik atau mereka rasa satu undi mereka itu tidak membawa perubahan yang baharu kepada negara”, jelasnya.
Kavita juga berharap kerajaan perlu meneliti dan adakan persediaan dahulu sebelum membuat keputusan calon pilihan raya yang berumur 18 tahun.
Tambahnya, masih terlalu awal untuk kerajaan membenarkan golongan remaja terlibat atau menjadi calon pilihan raya ketika ini.
Ikuti perkembangan terkini dan info-info menarik dengan melayari portal mysmedia.my