
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) digesa untuk menyemak balik senarai kenaikan harga barang.
Pihak KPDNEHP perlu lebih proaktif untuk menangani isu kenaikan harga barang seperti makanan dan keperluan harian.
Ketua Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar berkata, berkata bahawa ia akan memberikan kesan buruk kepada pengguna sekiranya isu ini tidak dapat ditangani.
Rata-rata pengguna yang terjejas ketika pandemik Covid-19 dan gusar dengan kenaikan harga barang.
Tambah Mohamed Sukri, pihak KPDNHEP perlu mempunyai pelan jangka pendek dan jangka panjang untuk menangani isu tersebut.
KPDNHEP juga perlu membuat pantuan menyeluruh bagi mengelakkan ada pihak yang mengambil kesempatan menaikkan harga tanpa kawalan.
“Rakyat sudah jemu mendengar agensi yang terbabit hanya melaporkan ‘sedang mengkaji’ atau ‘sedang bermesyuarat’ sedangkan isu terus berlaku.
Tambahnya, ada beberapa insiden yang kecoh di media sosial mengenai harga kayangan dan tidak masuk akal yang diadu oleh pengguna.
Beliau juga berkata, pihak kerajaan perlu meneliti faktor kenaikan harga barang dan mempertimbangkan pemberian subsidi yang diberi jika isu terbabit melibatkan kos penghasilan, pembuatan dan modal asas.
Ikuti perkembangan terkini dan info-info menarik dengan melayari portal mysmedia.my