
Kuala Lumpur: Kaum muda dalam proses demokrasi negara itu sedikit banyak akan membawa gelombang baru dengan cara bagaimana pembangunan parti tetap relevan.
Menurut Nabil Halimi, Pengasas Bersama Arus Anak Muda, parti politik diharapkan lebih mengetahui strateginya dan lebih fokus pada aspek perkhidmatan agar tidak ditolak oleh golongan kritikal tersebut.
Kerana itu, dia merasa jika Undi18 dilaksanakan pada Pilihan Raya Umum (PRU15) ke-15 nanti, kita akan melihat anak-anak muda ini mengambil keputusan yang lebih baik.

“Kami tak kisah Pakatan Harapan (PH) ke, Barisan Nasional (BN) ke, bagi saya BN masih menarik dan tidak boleh menganggap semua anak muda itu berhaluan kiri. Anak muda mahu lihat cara YB atau wakil rakyat melakukan kerja, menunaikan janji mereka dalam manifesto.”
“Maka bila mana anak muda atau generasi akan datang ini diberi mandat lebih awal untuk mengundi, parti-parti politik secara automatik perlu bersiap sedia untuk pastikan calon-calon yang diletakkan dapat berbakti kepada rakyat, kita nak tengok wakil rakyat yang proaktif, yang buat kerja, yang suarakan polisi-polisi yang lebih baik,” katanya.
Justeru tegasnya sebelum mahu tergesa-gesa dilaksanakan PRU, lebih baik terlebih dahulu memastikan pelaksanaan Undi18 dan pendaftaran automatik pengundi supaya suasana baharu politik negara dapat dicetuskan.
Tonton sesi penuh Dialog Tiga Penjuru dihoskan oleh Luqman Hariz pada Khamis, di sini:
Ikuti perkembangan terkini dan info-info menarik dengan melayari portal https://mysmedia.my/