
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman berkata penjawat awam perlu berfikiran terbuka dan positif dalam menerima dan melaksanakan pembaharuan dasar atau peraturan kerajaan yang dilaksanakan.
Beliau berkata pembaharuan dan perubahan adalah sangat penting terutama dari segi amalan dan prosedur bekerja supaya perkhidmatan yang akan diberikan kepada rakyat dan sektor perniagaan tidak terjejas serta boleh dipertingkatkan lagi.
Perkhidmatan Awam harus bergerak lebih tuntas dan strategik dalam mendepani cabaran pasca COVID-19 yang melanda negara kita.

Beliau juga melancarkan Panduan Perkhidmatan Pelanggan Sektor Awam terbitan Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Dasar JPA sebagai rujukan kepada penjawat awam yang bertugas di kaunter perkhidmatan setiap kementerian serta setiap agensi kerajaan.
Beliau juga berkata semua kementerian dan agensi kerajaan perlu bersikap lebih kritikal dalam melakukan semakan terhadap peraturan sedia ada agar tidak membebankan rakyat.
Sistem peraturan yang berkesan serta cekap dan bertanggungjawab dalam menyokong usaha merealisasikan matlamat pembangunan ekonomi negara.
Sentiasa menginovasi dan menginspirasi, berita dan banyak lagi di portal mysmedia.my