
Pakatan Harapan tidak akan berputus asa dan kalah seperti di PRN Melaka.
Di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Yang ke-12 ini, Pakatan Harapan (PH) akan bertanding di semua 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.
Pemilihan calon ditentukan oleh parti komponen dan akan diumumkan kelak. – Pengerusi PH Sarawak, Chong Chieng Jen.

Beliau berkata “Terpulang kepada parti komponen untuk menentukan calon masing-masing. Kita akan bertanding di semua 82 kerusi DUN,”.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengumumkan tarikh penamaan calon bagi pilihan raya itu ditetapkan pada 6 Disember manakala pengundian awal pada 14 Disember.
Manakala tarikh pengundian bagi PRN Sarawak ke-12 jatuh pada 18 Disember.
Ikuti perkembangan terkini dengan cerita-cerita menarik di dalam dan juga luar negara hanya di https://mysmedia.my/