
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah memulakan lawatan rasmi beliau ke Singapura pada Isnin.
Lawatan rasmi itu merupakan lawatan rasmi yang pertama kalinya Datuk Seri Ismail Sabri ke Singapura sebagai Perdana Menteri.
Datuk Seri Ismail Sabri turut diiringi oleh Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siaong dan Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad serta pegawai-pegawai kanan.
Datuk Seri Ismail Sabri bersama dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong telah melancarkan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksinasi (VtL) laluan darat Singapura-Malaysia semasa lawatan rasmi itu.
Kabinet Singapura diwakili oleh Menteri Kanan, Teo Chee Hian, Menteri Luar, Vivian Balakrishnan, Menteri Pengangkutan, S Iswaran dan Menteri Perdagangan, Gan Kim Yong.
Sebanyak 32 trip bas yang membawa seramai 2,880 penumpang akan merentasi Tambak Johor bermula Isnin selepas pelancaran VTL.
Datuk Seri Dr Wee Ka Siaong berkata, VTL ini dapat memberikan rakyat di kedua-dua negara ini melakukan perjalanan selepas pintu sempadan sekian lama ditutup.
Ikuti perkembangan terkini dan info-info menarik dengan melayari portal mysmedia.my