
Bukan seorang diktator yang mahu memerintah negeri ini tanpa kuasa atau mandat rakyat.
Baru-baru ini, Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang merupakan Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) menjelaskan bahawa dirinya itu bukan seorang diktator yang mahu memerintah Sarawak tanpa kuasa atau mandat rakyat.
Menurut dirinya, Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak itu perlu diadakan bagi mengembalikan mandat rakyat dan mentadbir sekali gus memacu negeri ini menjadi negeri maju.

“Kita tidak mahu memerintah tanpa kuasa daripada rakyat, kita bukan jenis orang sebegitu. Saya bukan diktator, setiap tindakan yang dibuat saya ambil kira perbincangan bersama barisan kepimpinan kerajaan,” – Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
Sehebungan dengan itu, keputusan membubarkan DUN Sarawak dan seterusnya PRN12 adalah untuk mengangkat dekmokrasi serta memberi rakyat kuasa memilih.
Ikuti perkembangan terkini dan juga berita di dalam dan juga di luar negara hanya di https://mysmedia.my/