
Harga makanan di Langkawi naik menggila sehingga mendapat terlalu banyak aduan di Persatuan Pengguna Kedah.
Baru-baru ini, Persatuan Pengguna Kedah (CAKE) telah menerima lebih daripada 100 aduan berkaitan kenaikan harga makanan dan juga bahan mentah di Kedah. Mohd Yusrizal Yusoff yang merupakan Persatuan Pengguna Kedah berkata, aduan yang telah diterima segalanya berkaitan makanan di kedai makan terutama di daerah Kota Setar dan Kuala Muda.
Menurut beliau, aduan yang diterima sejak dua minggu lalu itu kebanyakannya membebankan pengguna yang mempunyai keluarga besar.

Sebelum ini aduan yang diterima bermula dengan harga ikan siakap yang mahal melambung dan kini harga roti canai pula yang menjadi bualan hangat. Dikatakan harga untuk sekeping roti canai itu telah mencecah RM4 di pulau itu.
“Harga itu tidak masuk akal kerana berdasarkan maklumat daripada pengguna, kedai roti canai itu hanya dijual di tepi jalan,” menurut laporan Astro Awani.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kedah, Mohd Yusrizal telah melakukan pemeriksaan di setiap premis kedai makan yang didapati menaikkan harga yang tinggi. Selain itu, peniaga kedai makan juga digalakkan meletakkan tanda harga untuk setiap makanan bagi membolehkan pengguna membuat pilihan sebelum membuat pesanan.
Pengguna digalakkan menyimpan resit dan juga membuat aduan bagi membolehkan siasatan bersama pihak berkuasa. Kita juga berharap agar peniaga tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga bagi mengaut keuntungan yang tinggi.
Ikuti perkembangan terkini dan juga berita-berita sensasi di dalam dan juga luar negara hanya di https://mysmedia.my/