
Sarawak diberikan pilihan untuk menggunakan kedua-dua bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Hal tersebut diperkatan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Beliau berkata, Srawak mempunyai kebebasan untuk terus menggunakan bahasa Inggeris dan juga bahasa asal bersama dengan bahasa Malaysia sebagai medium rasmi komunikasi.
Hal tersebut berada di bawah Artikel 161 Perlembagaan Persekutuan berhubung perlindungan bagi Sabah dan Sarawak.
Tambahnya, Sarawak tidak pernah meluluskan sebarang ordinan atau enakmen bagi menghadkan atau melupuskan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi setakat hari ini seperti yang ditulis dalam Artikel 161(3) Perlembagaan Persekutuan, Jawatan Kuasa Antara Kerajaan (ICG) dan Laporan Suruhanjaya Cobbold.
Menurut Dr Wan Junaid, Seksyen 1(2) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (disemak 1971) memperuntukkan bahawa merujuk kepada Sabah dan Sarawak.
Msing-masing pihak berkuasa negeri boleh menerima pakai Akta Bahasa Kebangsaan menerusi enakmen perundangan masing-masing.
Jelas Dr Wan Junaidi, Akta Bahasa Kebangsaan menyatakan bahawa bahasa Melayu adalah bahasa rasmi bagi semua tujuan rasmi.
Ikuti perkembangan terkini dan info-info menarik dengan melayari portal mysmedia.my