
Ujian Kecenderungan Kemasukkan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Ujian Khas Ulul Albab dan Ujian Teknikal bagi pelajar tingkatan satu dan empat tahun 2022 sudah ditetapkan.
Ujian-ujian tersebut akan diadakan pada awal bulan Disember 2021.
Bagi calon yang berada di negeri Kedah, Kelantan, Johor dan Terengganu telah ditetapkan pada 3 Disember manakala calon dari negeri lain pada 4 Disember ini.
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, setakat ini, Majlis Amanah Rakyat (Mara) telah menerima 57,122 permohonan untuk ke tingkatan satu dan 17,350 permohonan ke tingkatan empat tahun 2022.
Tambah Datuk Seri Mahdzir, pelajar akan dipanggil untuk menduduki peperiksaan secara berperingkat sehingga 30 Januari depan.
“Semakan tarikh, masa dan tempat ujian boleh disemak dalam talian bermula jam 10 pagi Isnin melalui Portal Rasmi Mara”, katanya.
Calon tidak dibenarkan menukar tarikh, masa dan tempat ujian yang telah ditetapkan.
Jelas Datuk Seri Mahadzir, calon UKMM akan dinilai berdasarkan subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Keperibadian.
Ikuti perkembangan terkini dan info-info menarik dengan melayari portal mysmedia.my