
Perjudian yang dilarang keras di dalam agama islam ini sudah semestinya akan diambil tindakan yang sangat keras.
Baru-baru ini, telah tular mengenai betapa ramainya orang islam yang berjudi sehingga membinasakan dirinya sendiri. Maka, penguatkuasa Islam ini telah digesa untuk terus menjalankan tugas dalam memberikan tindakan terhadap orang Islam terbabit dengan aktiviti judi.
Idris Ahmad yang merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad menjelaskan bahawa pelaksanaan undang-undang yang sedia ada mengenai aktiviti perjudian dalam kalangan orang Islam ini mencukupi bagi membendung aktiviti tidak sihat itu.
“Penguatkuasaan ini diadakan melalui undang-undang sedia ada sebab orang Islam diharamkan berjudi dan langkah serta cadangan ini boleh mengurangkan aktiviti perjudian dalam kalangan umat Islam,” – Idris Ahmad.

Sebelum ini, negeri Kedah masih mempertahankan keputusan tidak lagi memperbaharui lesen premis perjudian seluruh negeri itu, walaupun mendapat bantahan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang.
Cadangan untuk merapatkan susunan saf ketika solat berjemaah, pihaknya menerima pelbagai pertanyaan berkenaan perkara itu termasuk ada pihak menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap pelaksanaan saf solat diadakan ketika ini.
Kelulusan di peringkat negeri tertakluk kepada pihak berkuasa agama negeri dan di Wilayah Persekutuan, kementerian memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Ikuti berita-berita terkini yang sensasi serta panas di dalam dan luar negara hanya di https://mysmedia.my/