
Pelanggaran SOP PKPB di kalangan artis ini sering terjadi seakan tiada tindakan. Inilah keputusannya.
Mengenai perlanggaran SOP ketika kita di dalam arahan PKPB di sebuah kedai permaidani di Nilai pada Mei lalu., Mahkamah Majistret Seremban pada Rabu melepas tanpa membebaskan selebriti kontroversi terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail.
Tarikh 21 Disember ditetapkan bagi perintah pelepasan dan pembebasan (DNA). Majistret Mohd Firdaus Saleh dalam penghakimannya memberikan kenyataan media bahawa keputusan itu dibuat selepas mengambil kira hujahan daripada kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan.

Menurut rekod, 20 Mei yang lalu pasangan itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengikut Peraturan 19, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (Kawalan Pergerakan Bersyarat (no 4) (Pindaan) (no 12) 2021.
Muhammad Haris atau lebih dikenali sebagai PU Riz, 26, telah didakwa atas dua kesalahan gagal mematuhi SOP PKPB dengan tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk daftar masuk atau menulis secara manual dan juga tidak memakai pelitup muka di kedai Naeem Carpet Sdn Bhd, di Kawasan Perindustrian Nilai 3, jam 4 petang, 2 Mei lalu.
Isterinya pula Noor Neelofa dituduh tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk daftar masuk di premis tersebut atau menulis secara manual pada masa dan tarikh sama.

Tindakan mereka ini boleh menyebabkan mereka dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara hingga enam bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Dengan itu, Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Aling memaklumkan representasi yang dikemukakan oleh pihak pembelaan untuk menarik semula pertuduhan ke atas mereka sebelum ini telah dipertimbangkan semula oleh Jabatan Peguam Negara.
Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili pasangan tersebut berpuas hati memandangkan kes itu bukanlah perkara besar tetapi sengaja dibesar-besarkan.
Ikuti perkembangan terkini dengan berita-berita sensasi di dalam dan juga luar negara hanya di https://mysmedia.my/