
Anak muda di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asajaya mahukan peluang pekerjaan di kawasan itu diperbanyakkan bagi mengelakkan para belia berhijrah ke tempat lain.
Punca utama yang menyebabkan para belia DUN Asajaya berhijrah kerana tiada pusat kemahiran dan kilang untuk para belia bekerja.
Rata-rata belia mahu perkara ini dapat diselesaikanoleh kerajaan dan mahu manjadikan isu ini sebagai agenda yang utama kepada wakil rakyat yang akan dipilih masa hari mengundi nanti.
Dengan adanya kilang dan pusat kemahiran, ia dapat mengelakkan para belia berhijrah ke bandar-bandar besar seperti Kuching dan berhijrah ke semenanjung.
Pandangan seorang tukang gunting rambut, Mohd Sukri Jawi sangat mengharapkan akan ada pelan perancangan untuk membuka lebih banyak peluang pekerjaan di Asajaya.
Tambah Sukri, ramai kawan-kawannya berhijrah ke Kuching atau Samarahan untuk mencari pekerjaan di sana.
Shahrul Shafiq Noh juga memberikan pandangan beliau supaya menyediakan peluang pekerjaan banyak di Asajaya dan mengambil kira hal gaji.
Ikuti perkembangan terkini dan info-info menarik dengan melayari portal mysmedia.my