
Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka baru-baru ini menyaksikan banyak kerusi penyandang terpukul oleh sang biru tua iaitu parti keramat orang Melayu, Barisan Nasional (BN)
Malah tidak dijangkakan oleh banyak pihak, BN berjaya menyapu bersih memenangi 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingan sekali gus mencapai keputusan melebihi dua pertiga undi.
Kemenangan BN di PRN Melaka merupakan satu petunjuk untuk mereka melakukan persediaan lebih awal untuk PRU15 yang akan datang.

Kekalahan parti lawan iaitu blok pembangkang dalam PRN Melaka bukanlah ukuran sebenar yang menunjukkan UMNO telah cukup kuat.
Sebaliknya disebabkan kempen PRN yang ketat dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) amat menyukarkan parti lawan menggerakkan jentera dengan lebih berkesan.
Selain itu, faktor peratusan mereka yang keluar mengundi pada PRN Melaka kali ini agak rendah berbanding PRU14. Ini bermakna masih terlalu awal untuk mengatakan parti-parti pembangkang sudah dianggap lemah dan kalah.
PRN Melaka sebenarnya hanya dijadikan sebagai tanda bagi semua parti politik yang bertanding untuk mengatur strategi mereka serta membuat persiapan rapi sebelum tibanya PRU15.
Adakah selepas kemenangan BN itu menjadi alasan pada pimpinan Pas akan meninggalkan Perikatan Nasional (PN) kerana UMNO masih membuka peluang kepada Parti PAS untuk bergabung bersama mereka.
Ikuti perkembangan terkini dan info-info menarik dengan melayari portal mysmedia.my