
Pada hari ini, Piala Suzuki AFF 2020 telah menetapkan perlawanan bola sepak yang sangat dinanti-nantikan oleh setiap penyokong pasukan Malaysia menentang pasukan Kemboja di Bishan Stadium yang terletak di Singapura.
Pada separuh masa pertama, kedua-dua pihak pasukan kelihatan stabil sehingga minit ke 22 dimana kad kuning dikenakan kepada Ken Chansopheak yang merupakan pemain Kemboja dan penalti diberikan kepada pasukan Malaysia yang akhirnya memberikan Safawi Rasid berjaya menjaringkan gol pertama bagi Malaysia.

Jaringan gol pertama yang dijaringkan oleh Safawi Rasid itu sangat bermakna bagi pasukan Malaysia kerana ia dapat memberikan semangat kepada pasukan Malaysia untuk mendapatkan kemenangan yang lebih baik dengan meneruskan momentum yang telah terbina pada masa itu.
Justeru, separuh masa pertama kelihatan sangat baik bagi pasukan Malaysia dan perkara yang bertentangan pula kepada pihak pasukan Kemboja yang sudah ketinggalan satu gol (Malaysia 1-0 Kemboja) .
Pada separuh masa kedua pula, tekanan sudah mula mempengaruhi pemain-pemain pasukan Kemboja kerana mereka sangat memerlukan gol supaya pasukan Malaysia tidak berjaya menewaskan Kemboja dengan skor 1-0.
Tetapi perkara yang sangat tidak disangka berlaku pada separuh masa kedua, iaitu pasukan Malaysia sekali lagi berjaya menjaringkan gol dengan bantuan Syafiq Ahmad menghantarkan bola yang baik kepada Akhyar Abdul Rashid lalu beliau berjaya menjaringkan gol kedua yang membuatkan skor menjadi 2-0 berpihak kepada pasukan Malaysia.
Keadaan semakin teruk bagi pihak pasukan Kemboja yang telah ketinggalan 2 gol menentang Malaysia kerana banyak cubaan menjaringkan gol bagi pihak Kemboja dihalang oleh Khairul Fahmi sepanjang waktu itu.
Tidak lama selepas itu, ketika bola dikawal oleh Luqman Hakim dengan baik, beliau berjaya menghantar bola dengan begitu sempurna sekali kepada M. Kogileswaran Raj lalu berjaya menjaringkan gol yang sangat memuaskan bagi penyokong-penyokong Malaysia yang melihat perlawanan itu secara langsung.
Ketika itu, pasukan bola sepak Malaysia jelas berjaya membanggakan negara dan juga penyokong-penyokong yang sudah bersedia untuk melihat kemenangan Malaysia pada hari ini.
Tetapi dalam gembira terdapat sedikit kekecewaan pada minit akhir perlawanan, iaitu pengadil membuat keputusan memberikan kad kuning kepada Khairul Fahmi kerana kakinya terkena sedikit pada pemain Kemboja yang boleh menyebabkan kecederaan teruk bagi pemain Kemboja itu.
Setelah kad kuning diberikan, pasukan Kemboja menerima berita baik dengan mendapat penalti yang sangat diperlukan bagi mendapatkan skor yang bakal mengubah skor asal iaitu 3-0.
Pada minit ke 90, Sath Rosib berjaya mendapatkan gol penalti dan menamatkan keputusan perlawanan Malaysia menentang Kemboja dengan skor berjumlah 3-1.

Perlawanan Malaysia menentang Kemboja pada hari ini agak memuaskan dengan pasukan Malaysia berjaya membawa balik kemenangan pada perlawanan hari ini, kemenangan sangat diharapkan pada perlawanan Malaysia seterusnya menentang Lois pada Khamis ini (9 Dec 2021).
Sentiasa menginovasi dan menginspirasi, berita dan banyak lagi di portal mysmedia.my