
Seorang jurutera aeronautik Britain, Richard Godfrey mendakwa bahawa mengetahui lokasi sebenar pesawat Malaysia Airlines, MH370 itu.
Misteri kehilangan pesawat itu menjadi hangat diperkatakan setelah berita tentang Richard itu keluar.
Pesawat MH370 itu dilaporkan hilang pada 8 Mac 2014 ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China.
Menurut laporan media antarabangsa, Richard mendakwa bahawa pesawat Boieng 777 itu terhempas di Lautan Hindi dan kira-kira 2,000 kilometer barat Perth, Australia Barat.
Dalam rancangan Sunrise on7 terbitan media Australia, Richard telah menghabiskan masanya sebih setahun untuk menyiasat dan mengira kedudukan MH370 yang dikatakan terhempas.
“Saya telah menggunakan teknologi pengesanan baharu dalam usaha menyelesaikan misteri ini. Penggunaan sistem isyarat radio bertindak seperti ‘tripwires’ telah membantu dalam usaha mencari pesawat yang terletak 13,000 kaki di bawah permukaan lautan.
Tambah Richard, lokasi MH370 adalah kira-kira 1,200 batu di barat Perth, Australia dan terletak di dasar Broken Ridge iaitu dataran tinggi bawah air dengan gunung berapi dan lurah di tenggara Lautan Hindi.
Richard telah menggunakan sistem penjejakan baharu yang dikenali Weak Signal Propagation Reporter (WSPR) dan menggabungkan teknologi baharu dengan data sistem komunikasi satelit dari pesawat,
Ikuti perkembangan terkini dan info-info menarik dengan melayari portal mysmedia.my